Contoh Laras Bahasa Dan Penjabarannya

Contoh Laras Bahasa Dan Penjabarannya

Contoh Laras Bahasa

  1. Contoh Laras Bahasa Umum (Akhbar)

PUTRA JAYA: Ketua atau pegawai jabatan yang menggunakan kenderaan rasmi kerajaan untuk majlis bukan rasmi atau yang tidak diiktiraf kerajaan akan dikenakan tindakan tatatertib, termasuk boleh dipotong gaji.

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan ri Samsudin Osman mengarahkan semua ketua jabatan supaya memantau bagi memastikan kenderaan rasmi kerajaan tidak disalah guna oleh mana-mana pihak.

  1. Contoh Laras Bahasa Teknikal

Di peringkat menengah atas, di samping terdapat sekolah akademik, terdapat juga sekolah-sekolah swasta perdagangan, vokasional  dan teknik.  Sekolah-sekolah ini mengadakan berbagai-bagai kursus.  Pada tahun 1978, terdapat 191 buah sekolah jenis ini dengan 928 orang guru dan 37,709 orang murid.  Jadual 12 menunjukkan bilangan sekolah swasta yang memberikan pendidikan perdagangan, vokasional dan teknik, jumlah guru dan murid bagi Semenanjung, Sarawak, dan Sabah.

  1. Contoh Laras Bahasa

    Undang-Undang

Pada menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh perenggan 12 Akta Universiti Pertanian Malaysia (Peperiksaan) 1980, Senat Universiti Pertanian Malaysia membuat peraturan yang berikut:

Nama dan Mula Berkuatkuasa:

  1. Peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan   Universiti Pertanian Malaysia(Rayuan) 1987dan            hendaklah disifatkan sebagai mula berkuatkuasa       pada tarikh yang ditetapkan oleh Senat.
  1. Contoh Laras Bahasa Agama

            Dari Anas r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: Seseorang muslim yang menanam pohon atau tanam-tanaman , lalu sebahagian hasilnya dimakan burung, manusia, atau binatang, maka orang yang menanam itu mendapat pahala

  1. Contoh Laras Bahasa Himbauan (Doa)

            Ya, Allah, sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kemaafan dan kesihatan yang kekal baik dari segi agama, dunia dan seterusnya di akhirat nanti.  Ya, Allah, ampunilah dosa-dosa kami, bapa-bapa kami, ibu-ibu kami, datuk-datuk kami, ninda-ninda kami, guru-guru kami dan kesemua kaum Mukminin dan Mukminat, Muslimin dan Muslimat baik yang hidup mahupun yang mati, dengan rahmat-Mu jua, wahai Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

  1. Contoh Laras Bahasa Klasik

Kata sahibul hikayat, ada beberapa lama antaranya maka datanglah todak menyerang Singapura, berlompatan lalu ke darat; dan segala orang di pantai itu banyak mati, dilompati oleh todak itu. Jika kena dada, terus ke belakang; jika kena leher dan pinggang, terus ke sebelah.  Maka tidaklah dapat orang berdiri di pantai itu, lagi banyak mati.  Maka gemparlah orang berlarian ke sana-sini, semuanya menyatakan , “Todak menyerang kita. Banyaklah sudah mati orang kita dibunuhnya”.

  1. Contoh Laras Bahasa Kreatif

Pak tarik tali dengan lembut kalau-kalau wau mau jatuh.  Tapi lekatnya cukup kuat.  Kalau tarik kuat tentu tali putus.  Kalau tak putus wau tentu terkoyak.  Kemudian Pak ambil keputusan.  Tali mesti ditarik.  Mana tau kalau-kalau wau jatuh juga.  Carik boleh ditampung.  Cucu-cucu pun bersorak lagi.  Mereka mau wau itu jatuh.

Tiba-tiba tali putus.  Sorak cucu-cucu jadi senyap.  Pak memandang muka cucu-cucu.  Cucu-cucu memandang muka Pak.  Pakl cekak pinggang mendongak tengok wau yang tersangku.

 

Sumber : https://www.ilmubahasainggris.com/